Sunday 25 January 2015

Hari Permuafakatan Ibu bapa dan Penjaga Tahun 6 - 2015



Hari Permuafakatan Ibu bapa dan Penjaga Tahun 6, adalah merupakan satu perjumpaan tahunan yang dibuat. Pada tahun ini dijangkakan akan ada beberapa kali perjumpaan bersama ibu bapa dan penjaga tahun 6. Pertemuan pertama ini, taklimat telah disampaikan oleh Guru Besar, En Shahrin Abd Manan berkaitan dengan pencapaian akademik berdasarkan  keputusan UPSR 2014 mengikut mata pelajaran. Begitu juga target UPSR 2015. 





 Dalam majlis ini juga, bacaan ikrar murid yang diketuai oleh Muhammad Naqib, diikuti oleh murid-murid lain. Begitu juga dengan ibu bapa dan penjaga tahun 6, yang juga membaca ikrar diketuai oleh YDP PIBG sendiri, iaitu En Khalid Harun. Semoga dengan ikrar ini anak - anak tahun 6 lebih mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Ibu bapa dan penjaga tahun 6 juga bersetuju penetapan dana UPSR sebanyak RM 140.00. Manakala 3 buah kelas iaitu kelas 6 Amanah, 6 Ikhlas dan 6 Usaha perlu lagi menambah sebanyak RM40.00 untuk pembayaran  akhbar Didik. Akhbar Dalam Darjah (ADD) ini adalah digunakan  pada setiap hari Isnin . Bermula Februari sehingga awal September 2015. Diharapkan penggunaan ADD ini memberi manfaat kepada murid untuk digunakan sebagai latihan.





Seterusnya murid - murid tahun 6 juga menandatangani kad akujanji murid dihadapan ibu bapa dan penjaga masing - masing.