SEJARAH SKP



Sekolah Kebangsaan Pelabuhan (SKP) terletak 25 km dari bandar Kuantan dan berhampiran SMK Pelabuhan. SK Pelabuhan dibuka pada 1.1.2001. Pada mulanya sekolah ini menumpang dibangunan SK Balok Baru di kawasan Perumahan Balok Makmur. Pada tahun 2001 SK Pelabuhan dianggotai oleh 120 orang murid dan 8 orang guru.   

Pada tahun 2002 SKP telah berpindah ke bangunan sendiri hinggalah sekarang. Guru besar yang pertama ialah Encik Abdullah bin Daud. Beliau telah mentadbir sekolah ini dari tahun 2001 hingga 2006. Kemudian pada Jun 2006 hingga April 2008 SKP telah diterajui oleh Encik Ahmad Bin Saad sebagai Guru besar. Encik Shahrin Bin Abdul Manan merupakan Guru Besar yang ketiga di SKP. Beliau telah ditugaskan mentadbir SKP mulai 2008 sehingga kini. 

Pada 16 April 2015, sekolah ini telah kehilangan seorang pemimpin yang sangat dedikasi dan bertanggungjawab. Semasa beliau mentadbir SK Pelabuhan, banyak perubahan telah dilakukan dan pelbagai kejayaan teleh dicapai dalam pelbagai bidang. Beliau iaitu Encik Shahrin Bin Abdul Manan telah ditukarkan ke SK Sg Karang. Terima kasih cikgu.

Pada 16 April 2015,SK Pelabuhan telah menerima seorang guru besar baru iaitu PN Ruslizah Binti Mahmud. Semoga SKP terus maju dan berjaya.


EN. ABDULLAH BIN  DAUD
GURU BESAR SKP PERTAMA
2001 HINGGA 2006
EN SHAHRIN BIN ABD MANAN
MANTAN GURU BESAR SKP KETIGA
APRIL 2008 HINGGA APRIL 2015