Sunday 25 January 2015

Program Transisi Tahun 1 ( 3 Minggu )



Pelbagai aktiviti telah disediakan semasa Program Transisi Tahun 1 yang bermula pada minggu pertama dan akan berlangsung selama 3 minggu. Antara aktiviri yang disediakan ialah aktiviti bersama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh kaunselor sekolah iaitu Cikgu Norhawinda Hj Norudin dan juga Cikgu Hanita Jusoh. Setiap minggu sepanjang program transisi ini berlangsung, murid tahun 1 akan bersama dengan guru bimbingan dan kaunseling pada 14 Januari, 20 Januari dan 27 Januari 2015.